''Yippi,seronoknya."Terasa mahu saja melompat menggapai awan yang memutih.Berenang menyentuh dasar lautan biru,dek kerana rasa riang sebab seminar perbentangan sudah selesai.
"Ceh,pembentang saja pun,dah selalu buat."Ya pasti ada yang berkata begitu.Tapi tahukah anda betapa gementarnya membentangkan seminar seorang diri di depan ramai pensyarah dan kawan-kawan satu program untuk pertama kalinya?
Semestinya gementar habis.Apatah lagi dulu hanya melakukan perbentangan berkumpulan di dalam bilik kuliah yang dipenuhi dengan rakan-rakan yang jarang-jarang sangat dijumpai.Contohnya seperti U2 & U3.Tak dinafikan,ketika itu pun berdebar juga,tetapi tak teruk memandangkan ramai lagi yang berdiri disisi.Tetapi tadi saya seorang yang kerdil berada diatas pentas besar!
Walau apa pun,tetap bersyukur kerana rasa debar itu hilang tatkala 2 minit berada dipentas.Ajaib,tetiba rasa gembira bercakap-cakap dihadapan menggunkan mikrofon.Terasa mahu sahaja berjalan sekeliling pentas sambil bersuara lantang.Dan ...komen yang diberikan oleh pensyarah amat menggembirakan.Rasa mahu sahaja terus berada di pentas itu.
No comments:
Post a Comment