Blogger Templates

Tuesday, October 11, 2011

Latar Tempat Cerpen Saya



Leeds  terletak di West Yorkshire,England.Mempunyai populasi manusia sebanyak 798 800.

Mempunyai kota yang terkenal dengan keindahannya,iaitu Hyde park yang terletak diantara University of Leeds dan Headingley.Lebih dikenali sebagai Woodhouse.

hyde park-ketika Sara dalam perjalanan ke  Chaisara Bistro


Kelsall grove-tempat tinggal Chairil &  Sara di Leed(mengambil masa 7 mint berjalan kaki ke  Chaisara Bistro)


dapur Chaisara Bistro

Wednesday, October 5, 2011

meracak=menunggang
gapura=pintu gerbang kesuatu tempat
bondong=kelompok,gugus,kumpulan
ipuk=semai
cempera=cerai-berai,berhamburan
atma=jiwa,nyawa
pundak=bahu
bejat=rosak



Usah Ditanya

Usah ditanya apa kurangnya kita 
kerana apa yang terlihat belum tentu terzahir oleh mata.
Usah ditanya mengapakah berat dugaan untuk kita
Kerana nescaya Allah menyanyangi setiap hambanya
Usah ditanya kenapa ini takdir hidup kita
Kerana percayalah Allah tahu yang terbaik untuk kita...

Sunday, October 2, 2011

Bakat

Kalau ada bakat,semuanya menjadi.Betul ke?Tepuk dada,tanyalah hati.
Tetapi seseorang pernah berkata,andai dikurniakan bakat ia ibarat:
BOLEH BERLARI SEBELUM TAHU BERJALAN 
BOLEH MENYANYI SEBELUM TAHU BERKATA-KATA
BOLEH MEMBACA SEBELUM TAHU MENGEJA
&
BOLEH MENCORET SEBUAH TULISAN HIDUP SEBELUM TAHU MENULIS

Pembentangan Seminar

''Yippi,seronoknya."Terasa mahu saja melompat menggapai awan yang memutih.Berenang menyentuh dasar lautan biru,dek kerana rasa riang sebab seminar perbentangan sudah selesai.
"Ceh,pembentang saja pun,dah selalu buat."Ya pasti ada yang berkata begitu.Tapi tahukah anda betapa gementarnya membentangkan seminar seorang diri di depan ramai pensyarah dan kawan-kawan satu program untuk pertama kalinya?

Semestinya gementar habis.Apatah lagi dulu hanya melakukan perbentangan berkumpulan di dalam bilik kuliah yang dipenuhi dengan rakan-rakan yang jarang-jarang sangat dijumpai.Contohnya seperti U2 & U3.Tak dinafikan,ketika itu pun berdebar juga,tetapi tak teruk memandangkan ramai lagi yang berdiri disisi.Tetapi tadi saya seorang yang kerdil berada diatas pentas besar!



Walau apa pun,tetap bersyukur kerana rasa debar itu hilang tatkala 2 minit berada dipentas.Ajaib,tetiba rasa gembira bercakap-cakap dihadapan menggunkan mikrofon.Terasa mahu sahaja berjalan sekeliling pentas sambil bersuara lantang.Dan ...komen yang diberikan oleh pensyarah amat menggembirakan.Rasa mahu sahaja terus berada di pentas itu.