Blogger Templates

Wednesday, September 28, 2011

Heabtkan oatk ktia...

T A U H A K H  A D N A ?

Oatk ktia mmapu membca apa sjaa aayt wlaauupn eajanyna baynk ynag sliap. 


Dnegan sayart hruuf petrama dan treakihr breada pdaa temapt ynag beutl. 


Tiadk pelru membcaa hruuf dmei hruuf tetpai sebrais aayt selakigus. 


Heabtkan?


Aadakh oatk adna jgua heabt?

Detik Ini

Detik-detik bergelar pelajar tahun akhir mula dirasai.Terbias dengan masa yang selalu mencemburui.Ternampak oleh tugasan yang sedia menanti.Helaian-helaian tesis yang minta diisi.Seminar-seminar yang perlu dibentangi.
Kerjalapangan yang perlu dipenuhi serta harapan untuk segulung kejayaan mula menapakkan diri.

Coklat-Perasa Hidup

Coklat Susu


  • Manis+pahit
  • Lemak bersusu
  • Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. 
Bahan-bahan
  • Massa koko 
  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin
  • Vanilin
*Manakala untuk coklat susu, susu tepung akan ditambah untuk memberikan rasa lemak dan berkrim.


Coklat Putih




  • Manis
  • Bersusu
  • Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Bahan-bahan
  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin
  • Vanilin
*Coklat putih pula, massa koko yang berwarna coklat tidak dimasukkan.


Coklat Hitam














  • Pahit
  • Tidak berlemak
  • Coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat gelap menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.
  • Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol) berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.
Bahan-bahan
  • Massa koko
  • Lemak koko
  • Gula
  • Lesitin
  • Vanilin
*Coklat gelap atau pahit dihasilkan dengan menggabungkan massa koko, lemak koko, gula, lesitin (bahan pengemulsi) dan vanilin (perisa vanila).

gambar:Encik Google

Thursday, September 22, 2011

Asalnya Sagu


pokok sagu @ pokok rumbia


Pokok sagu tergolong dalam tanaman dari famili Palmae yang mengeluarkan sulur. Pokok sagu banyak terdapat di Malaysia dan kawasan hutan hujan ASEAN.
Pokok sagu juga dikenali sebagai pokok Rumbia. Pokok sagu mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Pokok sagu juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau.
Pokok sagu mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah.
Pokok sagu mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga dan kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunga adalah jenis ‘protandrous’ di mana bunga jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Ini bagi memastikan pendebungaan kacuk (cross pollination) akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa dua tahun di mana selepas ini pokok rumbia akan mati.

biji sagu

Pertemuan Di Bulan September

Setelah lebih dua tahun mencekalkan diri,
menapak kukuh ke hadapan jalan kejayaan 
yang asasnya penuh dengan teori,eksperimen,kerja lapangan 
tukul,kompas,peta dan sebagainya..
Aku mulai kenal sesuatu..
sesuatu yang pada asasnya 
bahasa yang indah,kata-kata puitis penuh kesopanan
malah memartabatkan kesusasteraan melayu.
Bagiku ini inilah yang aku cari
Hobi yang ingin aku martabatkan sebagai impian
Kerana dari impian itu aku mula mencorak kejayaan.

~~PENULISAN KREATIF~~